MELAKA 15 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun berdepan detik-detik mencemaskan apabila tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di Ayer Keroh di sini malam ini.<br /><br />Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama keluarganya datang ke pasar raya itu untuk membeli-belah dan sewaktu melalui kawasan eskalator tersebut, mangsa tiba-tiba tersepit bahagian tangan kanannya.<br /><br />Menurut Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din, mangsa, Iman Sumaiyah Masri, 3, mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya berikutan kejadian itu.