Surprise Me!

SME Corp. Malaysia meraikan anak-anak yatim

2018-07-11 47 Dailymotion

SEBANYAK 51 anak yatim dari Rumah Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang, Rawang diraikan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri SME Corporation Malaysia (SME Corp.) di Kuala Lumpur, semalam.<br />Pengerusi SME Corp., Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan-rakan SME Corp., pihaknya juga berhasrat berkongsi keriangan Aidilfitri bersama anak-anak yatim.<br />ìSaya mengucapkan syabas kepada Kelab SME Corp. Malaysia kerana telah berusaha mengumpulkan dana bagi memastikan rezeki yang ada dapat dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik.<br />ìDiharap agar amalan bersedekah sebegini dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada kehidupan kita,katanya.<br />Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Dr. Hafsah Hashim.- Utusan Malaysia

Buy Now on CodeCanyon