KUALA LUMPUR 21 Julai - Kerajaan perlu mengkaji keperluan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengekang fahaman Daesh daripada berkembang di Malaysia.<br /><br />Seruan itu disuarakan oleh Ustaz Dr. Nasharuddin Mat Isa sewaktu sesi Sidang Khas: Ancaman Daesh Bertapak di Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.<br /><br />"Idea ini mungkin sedikit kontroversi, namun kita tak dapat nafikan ia berkesan dalam tangani anasir yang mengancam keselamatan negara," kata Nasharuddin. - UTUSAN ONLINE