MADINAH 2 Ogos - Rombongan wartawan Malaysia yang membuat liputan ibadah haji dibawa melawat dua lagi tempat yang dianggap istimewa di Madinah.
Tempat tersebut ialah Kilang Percetakan Al-Quran King Fahd dan Kompleks Muzium Madinah.
Kilang al-quran tersebut merupakan kilang percetakan al-Quran terbesar di dunia. Sebanyak 10 juta naskhah al-quran dicetak setiap tahun dan sejak ditubuhkan pada tahun 1984 sebanyak 265 juta kitab suci itu telah dicetak.
Selain diwakafkan kepada Masjidilharam dan Masjid Nabawi, kitab suci itu juga diberikan kepada masjid-masjid seluruh dunia, jemaah haji ketika mereka mahu pulang ke negara masing-masing serta pelawat ke kilang tersebut
Di Kompleks Muzium Madinah pula, umat Islam akan berpeluang mengetahui sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan sejarah pembukaan kota Madinah serta Mekah.
Ia disampaikan melalui model dan gambar-gambar. - UTUSAN ONLINE