Sejenis tanaman herba dikenali sebagai Guarana akan dikomersialkan di negara ini bagi membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil berikutan kejatuhan harga getah pada masa ini.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya sudah berbincang dengan sebuah syarikat di Pulau Pinang untuk menjadikan tanaman herba berasal dari Brazil berkenaan sebagai tanaman sampingan selain getah.

Menurutnya, beliau menjangkakan tanaman itu mampu memberi hasil lumayan kepada pekebun kecil berikutan setiap pokok mampu mengeluarkan hasil dalam bentuk bijian.

"Tanaman ini khusus untuk kesihatan dan mempunyai khasiat tersendiri. Justeru, kita akan mengkomersialkan tanaman ini menjelang akhir tahun ini," katanya.