ALOR SETAR 24 Ogos - Polis memburu lima lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjatakan pedang samurai di daerah ini dan Pendang sejak awal bulan lalu.<br /><br />Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, kumpulan penjenayah bermotosikal itu dipercayai menyasarkan suri rumah yang bersendirian di kediaman mereka terutama pada waktu pagi.<br /><br />Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan berkenaan adalah kumpulan penjenayah sama yang dikehendaki di Pulau Pinang.
