Program membaca al-Quran secara beramai-ramai, World Quran Hour yang diadakan secara serentak seluruh negara berjaya menarik penyertaan kira-kira sejuta umat Islam di negara ini.

Acara yang julung kalinya dianjurkan itu diadakan di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan di lebih 700 lokasi di seluruh negara.

Selain itu, World Quran Hour turut disambut di peringkat global apabila disertai umat Islam dari 50 negara yang melibatkan lebih 100 lokasi.

Program ini dihadiri Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. - UTUSAN ONLINE