KUALA LUMPUR 17 Sept.- Jenazah tokoh ulama, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS).<br />Menerusi catatan di akaun Facebook Tuan Guru Haron Din (Offical) anak Allahyarham, Dr. Huda Haron memaklumkan jenazah Allahyarham dikebumikan pada pukul 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia).<br />“Alhamdulillah. Tanpa rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan-insan yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima kasih dari kami sekeluarga,” catat Dr. Huda dalam Facebook tersebut.<br /><br />Berita lanjut di http://www.utusan.com.my/berita/politik/jenazah-haron-din-selamat-dikebumikan-1.383790#sthash.j7f9IY2u.dpuf
