JOHOR BAHRU, 16 September - Tarikh 16 September pastinya akan menjadi detik terindah bagi pasangan pengantin Dr. K. Thiagarajan, 26 dan pasangannya Dr. Jeaneta, 26.

Menyambut Hari Malaysia serentak dengan hari perkahwinan mereka sudah tentu akan enjadi kenangan terindah buat pasangan pasangan mempelai ini.

Bukan sahaja memilih tarikh bersejarah tersebut, tetapi kenangan perkahwinan mereka di iringi dengan konvoi 33 buah kereta yang di lengkapi dengan bendera semua negeri di Malaysia.

Menurut Thiagarajan, dia berbuat demikian bagi meraikan perkahwinannya dengan mengumpulkan kenalan dari pelbagai bangsa. - UTUSAN ONLINE