DUA tahun selepas meninggalkan pertandingan realiti televisyen, Mentor, nama Mal Imran masih belum begitu kukuh untuk dipahat sebagai penyanyi lelaki tanah air.<br /><br />Langkah anak muda yang genap berusia 25 tahun pada November nanti agak tersangkut-sangkut walaupun pemilik nama sebenar, Mohamad Akmal Imran memiliki sebuah album mini yang memuatkan empat buah lagu termasuk lagu ciptaan Ajai, Cinta Sukar Ditafsirkan.<br /><br />Terbang dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur, Mal yang ditemani pegawai perhubungan awamnya, September Khoo, singgah ke pejabat Utusan Online untuk ditemu bual oleh wartawan HASNURUL MOHAMED.