PULAU PINANG 14 Nov. - Misteri kehilangan seorang pelukis tatu akhirnya terjawab apabila polis menahan lelaki itu bersama sejumlah dadah heroin di kediamannya, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalalathrash Wahid berkata, polis sebelum ini menerima laporan daripada rakan lelaki berkenaan yang menyesaki dia diculik selepas gagal dihubungi.

Menurut beliau, bertindak daripada laporan itu, polis menjalankan siasatan di pangsapuri lelaki berkenaan di Persiaran Midland, Pulau Tikus di sini, namun kemudiannya menemui lelaki berusia 36 tahun berkenaan di rumahnya.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.