Pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz yang menerima rawatan di Hospital Jasin sejak enam hari lalu dijangka keluar dari wad hari ini selepas keadaan kesihatannya semakin baik.<br /><br />Artis berusia 62 tahun yang gemar membahasakan dirinya 'ibu' itu ditahan wad selepas mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman paru-paru selain kerap sesak nafas.
