Sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan bersama sebuah lori di Taman Perindustrian Perai, Seberang Jaya Pulau Pinang malam tadi.

Ekoran kemalangan berkenaan, pemandu kereta terbabit yang tersepit gagal dikeluarkan orang ramai selepas keretanya terperesok di bahagian belakang lori.

Bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa serta diserahkan kepada pihak polis.

Berita lanjut di www.utusan.com.my