Surprise Me!

Advokasi Ilmuwan Terjaminkah keselamatan Sabah?

2018-07-11 28 Dailymotion

KOTA KINABALU 22 Dis. – Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan agar kerajaan menjadikan pemasangan sistem teknologi radar sebagai satu polisi di resort-resort dan pusat percutian di sepanjang Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi memastikan kawalan keselamatan di situ lebih terjamin dan berkesan.<br />Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, soal keselamatan tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara.<br />Katanya, secara keseluruhan, kawalan keselamatan di Sabah kekal terjamin, namun beberapa insiden yang berlaku kerana kelemahan tertentu dan telah di­sebarkan oleh media antarabangsa menyebabkan wujud persepsi negatif yang boleh menjejaskan ekonomi negeri terutama dalam sektor pelancongan.<br /><br />Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Buy Now on CodeCanyon