BANGI 1 Mac - Pelakon popular drama Playboy Itu Suami Aku, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 28, dilantik sebagai duta baharu produk kecantikan Q'Manda.<br /><br />Pengasas produk Q'Manda, Norita Nordin, berkata, Risteena dijadikan sebagai duta kepada produk berkenaan kerana personalitinya yang sopan bertepatan dengan produk kecantikan Q'Manda.