JOHOR BAHRU 15 Mac - Seorang bapa dan teman wanitanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun pada Disember 2013.<br /><br />Mohd. Imran Mohd. Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, dituduh membunuh anaknya, Muhammad Aqeef Adam Mohd. Imran, 3, di rumah bernombor A 2-22 Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, pada 16 hingga 19 Disember 2013.<br /><br />Hakim, Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
