KUALA LUMPUR 20 April - Acer Malaysia hari ini melancarkan empat peralatan Chrome terbaharu buatannya dengan matlamat mengukuhkan lagi penguasaan mereka dalam segmen pasaran peralatan ini.<br /><br />Peralatan Chrome yang dilancarkan ini terdiri daripada tiga buah model Chromebook iaitu Chromebook R11, Chromebook 14 dan Chromebook 11 N7; dan sebuah Chromebox CXV2, yang sesuai digunakan bagi tujuan pendidikan dan juga perusahaan.
