TELUK INTAN 15 April - Kehadiran lebih 3,000 pengunjung sewaktu Konsert Simfoni Tani di sini malam tadi, merupakan realisasi bahawa bidang pertanian mampu menarik penglibatan pelbagai golongan jika diberi pendekatan terkini.<br /><br />Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, biarpun tema konsert bertemakan pertanian, corak persembahan yang diiringi dengan tarian dan sketsa tetap menghiburkan penonton.
