JOHOR BAHRU 13 Mei - Kira-kira 5,500 orang termasuk warga pendidik dan pelajar menyertai Larian Muafakat Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Bandaraya, di sini pagi ini.<br /><br />Majlis pelepasan larian sejauh 6.6 kilometer yang merupakan salah satu aktiviti sempena Festival Hari Guru 2017 anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan<br />itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada pukul 8.30 pagi.
