"Wira tidak didendang" begitulah nasib yang seringkali menimpa segelintir bekas pahlawan negara yang mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan keamanan negara demi keselesaan rakyat.<br /><br /><br />Namun bagi sekumpulan 27 orang mahasiswa tahun akhir pengajian jarak jauh Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) jasa, keringat dan pengorbanan pejuang-pejuang keamanan ini tidak pernah dilupakan.