KUALA LUMPUR 8 Jun - Selepas hampir lapan jam berada di Balai Felda, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membawa keluar sebahagian dokumen daripada Felda Investment Corporation (FIC) bagi siasatan lanjut.<br /><br />Kesemua dokumen berkenaan dibawa keluar oleh pegawai dan anggota sebelum meninggalkan menara berkenaan menaiki dua buah kenderaan SPRM kira -kira pukul 6 petang tadi.