TELUK INTAN 13 Julai - Dua puluh dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dari tiga negara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.<br /><br />Kesemua mereka yang ditangkap Jabatan Imigresen susulan Ops Mega E-Kad pada 1 Julai lalu, berusia antara 18 hingga 45 tahun membabitkan 19 warga Myanmar, dua Nepal dan seorang Indonesia.<br /><br />Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.
