KUALA LUMPUR 19 Julai - Biarpun sudah berumur lebih 50 tahun itu tidak menghalang warga tua untuk mempelajari bahasa Inggeris melalui Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia.

BI1M merupakan suatu inisiatif bersepadu seluruh Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama SOLS 24/7 Malaysia, bagi meningkatkan tahap pengurusan Bahasa Inggeris di Malaysia.

Pembelajaran yang lebih interaktif dan bersahaja antara tenaga pengajar dengan pelajar menarik minat terutamanya warga tua untuk mempelajari bahasa berkenaan.

Menurut peniaga, Musa Muhamad, 57, dia ingin mempelajari bahasa Inggeris sejak dahulu lagi bagi memperkukuhkan tahap penguasaannya dalam berkomunikasi namun tidak mampu memandangkan yuran pengajarannya agak mahal.