KUALA LUMPUR 8 Nov. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengumumkan tempahan Myvi serba baharu akan dibuka esok di kesemua pusat pameran syarikat automotif itu di seluruh negara.

Perodua Myvi baharu dibuka untuk tempahan esok

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi baharu itu berharga di antara RM44,300 hingga RM55,300 sebuah.

Beliau berkata, Myvi serba baharu melambangkan segala pendirian Perodua yang mengutamakan keselamatan dan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.