KUALA LUMPUR 14 Nov - Jabatan Imigresen Malaysia menahan 440 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam dua serbuan di Bukit Bintang di sini petang ini.<br /><br />Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi yang melibatkan 267 anggota pelbagai agensi itu dilakukan di sekitar Jalan Alor dan Jalan Changkat.
