PELABUHAN KLANG 23 Nov. - Rata-rata ibu bapa yang menemani anak-anak mereka mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelabuhan Klang dekat sini menyambut baik Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Bagi Ahmad Soffi Kadri, 49, laporan pentaksiran ini sangat baik kerana ianya tidak memfokuskan kepada pencapaian akademik anak-anak sahaja.

“Kita akui mungkin tugasan seorang guru bertambah dengan adanya PPSR ini, namun sebenarnya pentaksiran itu membuka minda ibu bapa supaya tidak bergantung kepada jumlah A diterima tetapi melihat bakat atau kebolehan anak mereka dalam bidang lain.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.