PASIR MAS 29 Nov. - Penduduk dari beberapa buah kampung di sekitar Mukim Gelang Mas di sini mula berpindah selepas rumah mereka ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok dan hujan lebat sejak kelmarin.

Antara kampung yang terlibat ialah Banggol Naim, Kolam dan Kaloi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kerja-kerja membawa keluar penduduk yang terlibat sedang giat dijalankan oleh anggota polis.

Bukan itu sahaja, kerja-kerja menyelamat turut dibantu oleh penduduk sekitar menggunakan lori.