KUALA LUMPUR 14 Mac - Polis menahan tiga remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana disyaki terlibat dalam kes membuat ugutan membabitkan rakaman video yang dimuat naik seorang wanita di laman sosial Facebook kelmarin.<br /><br />Video berdurasi 6 minit 28 saat yang dirakam wanita itu mendakwa dirinya diancam kumpulan remaja tersebut yang mengekorinya sehingga ke balai polis di Persiaran Alam Damai dan pihak polis tidak membantunya ketika kejadian.
