KUALA LUMPUR 31 Mac - Tanggungjawab memelihara kesucian Islam tidak boleh diletakkan kepada Pakatan Harapan diketuai DAP kerana pemimpin yang beragama Islam daripada pakatan itu pun telah mempermain-mainkan soal yang membabitkan akidah Islam.

Ungkapan “Kalau saya tuhan” yang dituturkan oleh Ahli Parlimen Sepang dari PAN, Mohamed Hanipa Maidin tidak hanya menunjukkan keangkuhan tetapi juga kerapuhan pegangan pemimpin-pemimpin pakatan jika diharapkan mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau hairan kenapa golongan agamawan daripada Pakatan Harapan khususnya PAN masih lagi tidak menegur tindakan Mohamed Hanipa itu yang secara terang-terangan menghakis pegangan seorang Muslim.

Ujar Ismail, meskipun kata-kata berkenaan dituturkan dalam sidang Dewan Rakyat, tindakan Mohamed Hanipa itu wajar mendapat perhatian daripada pihak berautoriti agama Islam kerana telah membabitkan soal akidah. - UTUSAN ONLINE