Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos didenda RM400 oleh Majistret Shah Alam kerana mendatangkan kegusaran awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.<br /><br />Menurut Datuk Imran Tamrin peguam yang mewakili Jamal, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas Jamal menukar pengakuannya kepada bersalah pada sebutan kali ketiga kes itu hari ini.<br /><br />Jamal turut diperintah menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.
