Penjualan Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan ditangguhkan buat sementara kerana perlu melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.<br /><br />Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.<br /><br />Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penjualan unit tahfiz berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.
