Surprise Me!

Usaha buru Jho Low di West Indies?

2018-07-12 3,924 Dailymotion

Usaha memburu ahli perniagaan buruan Jho Low kini dikatakan tertumpu di West Indies.

Star Online melaporkan satu sumber berkata, pihak berkuasa percaya Low berlindung di kepulauan Saint Kitts dan Nevis, di mana dia dilaporkan mempunyai kewarganegaraan dam harta.

Saint Kitts adalah negara dalam kepulauan West Indie, yang terdiri daripada dua pulau dan terletak di antara Barbados dan Puerto Rico. Ia telah digambarkan sebagai taman permainan untuk golongan kaya.

Ia juga membolehkan warga asing memperoleh kerakyatan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana pempelbagaikan industri gula negara.

Pasport Saint Kitts membolehkan rakyatya melancong tanpa visa ke lebih 140 buah negara.

Dengan Low telah dilaporkan meninggalkan Macau, sumber itu berkata pintu telah ditutup untuk bersembunyi di banyak negara di Asia Tenggara, China dan Timur Tengah.

Kata laporan itu lagi, di Saint Kitts, Low boleh ke kebanyakan negara pulau di sekiranya di mana penguatkuasaan undang-undang dikatakan lemah.

Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan banyak negara pulau di rantau ini.

Polis Malaysia telah menjejak Low di Hong Kong apabila dia melarikan diri ke Macau.

Bagaimanapun, hartawan berusia 37 tahun itu yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB, telah meninggalkan Macau manakala Bukit Aman mendapatkan bantuan pihak berkuasa di rantau itu.

Satu laporan mendakwa Low telah pergi ke tanah besar China, yang mana Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengannya.

Jabatan Keadilan AS (DOJ) dalam saman sivilnya telah mendakwa bahawa Low adalah individu penting dalam dakwaan penyalahgunaan wang dari 1MDB.

Buy Now on CodeCanyon