Kerajaan mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi setaraf dengan British Council di United Kingdom bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam negara.<br /><br />Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata dekad bahasa kebangsaan akan dilancar bagi melakar pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pilihan utama di Malaysia sehingga menembusi peringkat global.
