Mesyuarat jemaah menteri semalam membincangkan isu berkaitan pendakwah kontroversi India Zakir Naik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.<br /><br />Gobind berkata kerajaan komited untuk mengikuti kedaulatan undang-undang dan akan "bertindak sewajarnya" jika kerajaan India mengemukakan kes meyakinkan bagi menghantar pulang Zakir.<br /><br />Sebelum ini dilaporkan kerajaan India telah membuat permohonan perintah ekstradisi untuk Zakir pada Januari tahun ini. Pendakwah itu mempunyai status pemastautin tetap Malaysia.