Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju membenarkan BERSIH menghantar 38 pemantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis.

BERSIH mengumumkan hal ini pada sidang akhbar selepas bertemu SPR di ibu pejabatnya di Putrajaya semalam.

Menurut Yap perancangan ini terbuka untuk perubahan berdasarkan jumlah pengundi bagi setiap pusat mengundi.

Secara keseluruhan, ia melibatkan 38 pemantau pilihan raya memandangkan sebelum ini SPR mengumumkan terdapat 19 pusat mengundi pada pilihan raya 4 Ogos akan datang ini.

Permohonan BERSIH untuk 109 pemantau itu bermaksud seorang pemerhati diletakkan bagi setiap 109 saluran di 19 pusat mengundi itu.

Tarikh tutup permohonan pemantauan pilihan raya adalah pada Isnin, 16 Julai depan.