Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukakan maklumat pendapatan mulai hari ini hingga 25 Julai depan.<br /><br />Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguhan bayaran balik untuk peminjam berpendapatan bawah RM4,000 dilaksanakan, sebaik kajian teliti selesai.