Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahya berkata keputusan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diambil Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik jelas menunjukkan pentadbiran baru kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terburu-buru dan hanya sekadar mahu memenuhi kehendak golongan minoriti di negara ini.<br /><br />Selain itu, Aminuddin turut mencadangkan agar kedudukan menteri pendidikan diambil alih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan perdana menteri itu menurutnya pernah menolak UEC.<br /><br />UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (SMPC) dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.