Kerajaan beri jaminan untuk tidak lagi menyerbu syarikat yang mengelak membayar cukai dengan anggota keselamatan bersenjata.<br /><br />Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata demikian mengenai peranan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai pengutip cukai.<br /><br />Lim berkata ketika berucap di Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Chartered Tax Institute of Malaysia hari ini.
