Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah mengalu-alukan pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutamanya dengan mendedahkan kedudukan kewangan negara yang sebenar serta mengkaji semula perbelanjaan, kos projek dan mengurus kewangan secara berhemat bagi menangani kos sara hidup.<br /><br />Baginda bertitah turut menyokong langkah untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup yang diharap dapat meringankan beban rakyat.<br /><br />Baginda juga menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara.
