Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyeru barisan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang dan dapat merangsang dinamik berfikir supata institusi Parlimen terus dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar.<br /><br />Baginda bertitah semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan tertutup kerana rakyat telahpun membuat keputusan dalam pilihan raya.<br /><br />Baginda turut mengucapkan tahnah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang telah berjaya dipilih menerajui pentadbiran negara setelah menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
