Persoalan berkaitan kerjasama Umno-PAS terus timbul, terutamanya selepas mereka sehati sejiwa keluar Dewan Rakyat semalam kerana tidak puas hati dalam isu pelantikan speaker.

Ditanya sekali lagi soalan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memberikan jawapan biasanya.

Beliau berkata demikian kepada media di lobi parliman selepas perasmian serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hadi bagaimanapun menegaskan kerjasama dimaksudkannya tidaklah sampai ke tahap bergabung dengan Umno.

Hadi diminta mengulas “kemesraan” kedua-dua parti, terbaru susulan langkah protes terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai speaker.

Semalam hampir semua wakil BN dan PAS - kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman – keluar dewan.