Kerajaan akan melihat kemampuan kewangan untuk membiayai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) memandangkan banyak kos tersembunyi yang tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini.<br /><br />Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sekiranya tidak dapat dilaksanakan mengambil suasana ekonomi hari ini, kerajaan akan berbincang dengan Singapura bagi memastikan semua terma perjanjian dipatuhi.<br /><br />Azmin berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai kos sebenar projek HSR.