Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengesahkan mesyuarat kabinet akan diubah ke hari Jumaat bagi menghormati persidangan Dewan Rakyat.<br /><br />Pada hari Dewan Rakyat tidak bersidang, mesyuarat mingguan itu akan dibuat pada hari Rabu.<br /><br />Keputusan itu dibuat selepas barisan kerusi kerajaan dalam Dewan Rakyat didapati kosong kerana menghadiri mesyuarat kabinet, semalam.