Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kekal sebagai orang nombor dua dalam kerajaan walaupun mungkin tidak lagi menjadi presiden PKR, kata Nurul Izzah Anwar.<br /><br />Dalam wawancara Malaysiakini, Naib Presiden PKR itu bagaimanapun mengakui dinamik pentadbiran Pakatan Harapan akan berubah jika ibunya itu tidak lagi mengetuai PKR.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bapanya, menjadi presiden parti selepas pemilihan bulan depan.