Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempelawa Gabungan 300 NGO Islam Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) untuk makan sambil minum teh tarik bagi membincangkan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

https://www.kinitv.com/video/63355O74 - UMMAH cadang Dr M ganti Dr Maszlee

Pada 16 Julai lalu, UMMAH bersedia untuk mengerakkan himpunan rakyat secara besar-besaran di Kuala Lumpur, 28 Julai ini bagi membantah UEC diiktiraf.

Selain itu, UMMAH juga mencadangkan agar kedudukan menteri pendidikan diambil alih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan perdana menteri itu menurutnya pernah menolak UEC.