Lebih 490 ribu nama peminjam telah dikeluarkan dari senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, ini kerana kerajaan hari ini komited untuk meringankan beban hidup anak muda selaras dengan manifesto Pakatan Harapan.

Tambah Nie Ching proses yang dilakukan oleh kerajaan secara peringkat semenjak 24 Mei dan sudah selesai sepenuhnya pada 8 Jun.

Bagaiamanapun Ahli Parlimen Kulai itu berharap semua peminjam digalakkan untuk membayar balik pinjam bagi mengelakkan rekod buruk dalam rekod kredit bank negara.