Kerajaan akan membentangkan usul memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, Isnin depan.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong sebentar tadi.

Undang-undang untuk pelaksanaan semula Cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang akan menggantikan GST, juga dijangka dibentangkan minggu depan.

“Sesi ini (perbahasan titah diraja), akan diikuti dengan (pembentangan usul) pemansuhan GST, SST dan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar,” katanya di lobi parlimen.