Dewan rakyat sedikit gamat dengan ketawa dari ahli parlimen ketika Menteri Pertanian dan Asas Tani Salahuddin Ayub menjawab mengenai projek National Feedlot Corporation (NFC).

Salahuddin mengundang ketawa dari ahli parlimen lain apabila salah menyebut bilangan ekor lembu yang sedang diusahakan oleh kementerian.

Timbalan Presiden Amanah itu juga menjelaskan walaupun projek NFC agak kontroversi namun kerajaan baru tidak mahu mngungkit naratif lama dan mahu meneruskan apa yang ada.

Tambah Salahuddin lagi kerajaan mempunyai 72 ladang dan 7 ribu ekor lembu sedang diusahakan.

Salahuddin menjawab soalan dari Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang mahukan jawapan susulan mengapa projek National Feedlot Corporation (NFC) yang sebelum ini memberi imej negatif mahu diteruskan.