Korum yang tidak mencukup selepas waktu berehat sidang dewan rakyat membuatkan dewan terpaksa ditangguhkan sebentar selama dua minit.

Yang Di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengambil keputusan itu selepas usul penangguhan dibawa oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Selepas loceng penangguhan dibuat tidak lama selepas itu korum ahli parlimen telah dapat dicapai dengan kehadiran 35 ahli parlimen.

Korum untuk mengadakan sidang adalah sebanyak 26 orang.