Sambutan Hari Kebangsaan 2018 adalah penuh bersejarah kerana pertama kali diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.<br /><br />Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku', Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya.